hai korang hari ini aku nak update pasal orang yang berinta.Korang semua pernah bercinta dan yang tengah hot bercinta pun ada sekarang ni termasuklah admin.hehehe.
Hari ini aku nak beritahu korang apa yang perkara wajib orang yang tengah bercinta ni buat.
1.Tengok wayang(Tiap-tiap minggu cerita sama).:P
2.Keluar makan sambil berkata kepada si gadis “Saya suka dengan seyuman awak” “I love u”
3.Pergi main token sama dan layan perasaan dekat token main game cari perbezaan 2 gambar (romantik sangat la tu):P
4.Pergi genting berhibur,turun genting trauma sebab naik space shoot.:P
5.Karoake (laki akan berkata kepada si gadis “bestlah suara syg”:P
6.Temankan si gadis shoping (perempuan suka,laki buat-buat suka):P
semua perkara diatas benda yang korang akan buat masa bercinta dan korang akan buat semua benda ni dengan hati yang gembira tetapi sebaliknya bila dah kawin:P
p/s:Kalau suka silalah share dengan kawan-kawan ya.klik BUTTON diatas.:P
Hari aku nak share dengan korang pasal siapanya Sitt Al-wuzara yang duk mengutuk islam.Jom wat report polis.Dia ni memang dah melampau dan aku boleh kata dah kene penyakit tipu daya syaitan.Mata hati dah tak boleh menilai yang betul dan buruk.Nauzubillah.
Kalau korang nak tahu lagi dengan teperinci korang boleh usha sendiri.Aku tak nak cakap banyak.korang boleh pergi ke link ini dan baca di wall page ini!!.Korang boleh dapat segala maklumat tentang si bodoh yang tak kenal asal usul ni!!.
P/S:Minta mohon share dengan kawan-kawan dan polis sekali..terima kasih kepada admin page ini kerana buat pendedahan yang berani!!..JOM SHARE espesially POLIS!!
Hari ini aku nak share dengan korang pasal game yang aku tengok semalam antara Manchester United dan Arsenal.Memang aku suka sangat.Pada aku Game nilah game yang paling aku rasa takjub sebab cara permainan MU pada game ni sangat Awesome!!…
Kesemua gol MU sangat cantik pada aku.Memang terbaik.Gol Young dan Rooney merupakan gol paling cantik cantik aku tengok malam tu..lencong beb!!.Rooney dua kali ambik free kick,dua-dua gol dan dua-duanya lencong.memang smart.Korang pulak rasa macam mana?
Layan video diatas.Kongsi pendapat korang di ruangan comment dibawah!!
Korang tengok tajuk kat atas mesti pelik kan?.Mungkin korang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.Apa yang aku nak share ialah beza haha,hehe,hihi,huhu ni.Korang mesti pernah guna perkataan-perkataan ni kan?Biasa dalam chatting di YM mahupun facebook.
Hari ni aku nak beritahu kepada korang berkaitan dengan beza haha,hehe,hihi dan huhu.HAHA bermaksud ketawa dengan berlagak,hehe bermaksud ketawa dengan sopan,huhu ketawa dengan mengada-ngada,hihi bermaksud ketawa dengan gedik!,.,,,hahaha(ops,da terkeluar)
Apa yang aku share dengan korang ni apa yang aku rasa la sepanjang aku menggunakan perkataan ni.:P.Lepas ni korang boleh pilih nak gelak cara macam mana.:P.Selamat beramal!!
P/s:Kalau suka klik like dan share dengan kawan-kawan ok!!
Hari ni aku nak share ngn korang yang masih lagi belum tengok video ni,apa yang boleh aku katakan ialah video ini sangat cerdik dan kreatif dan menyebabkan aku terseyum keseorangan.Aku sangat kagum dengan orang-orang yang kreatif ini.
Cuma apa yang membuat aku lagi teruja ialah,salah seorang pelakon dalam video ni mukanya sebijik macam Aaron Aziz.Adik die ke?,korang tnye la die.Aku pun terkejut..hahaha..memang sesuai sangat jadi malek.So korang layan je la video ni.Iklan ganster.
Share la ngn kawan-kawan korang dengan klik like n share button diatas.Hiburan suka duka korang
apa khabar?,hari ini aku nak bercerita sedikit tentang kek lapis sarawak.betul ke haram???.masalah ni sebab aku suka sangat makan kek lapis sarawak ni.aku suka makan sebab rasa dia sungguh mengasyikkan.hehehe.Sekali makan payah nak berhenti.
Tapi kenapa haram pulak?ada babi ke?.ish tak ada la,dengar aku nak cakap apa,kek lapis sarawak haram bila menggunakan butter golden churn sahaja.Jika guna butter lain masih lagi halal.so,korang jangan risau ok.still boleh menikmatinya.Kenapa haram pulak butter golden churn ni??.soalan yang bagus tu.
Golden churn haram sebab die mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.Keputusan ini diambil setelah penilaian dan analisa yang telah dibuat kepada kandungannya.so korang hati-hati ye.Kalau nak beli tu tanya dulu atau periksa dulu kandungannya takut nanti salah beli korang makan bende yang haram.
p/s:JIka artikel ni bermnafaat mita tolong share atau like ye.:)
setelah lama tak di update,pada hari ini saya akan memberi tahu anda semua bahawa maxis akan mencabar unifi dalam memberikan internet berkelajuan tinggi kepada pengguna.
Apa yang maxis nak beri ni?
Maxis akan mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu MAXIS HOME BROADBAND.sama sahaja dengan unifi.cuma dia punya funtion sahaj yang berlainan sedikit.Jom tengok apa yang korang boleh dapat dalam MAXIS HOME BROABAND ini.Aku tau internet MAXIS sangat lembab tetapi selepas keluarnya produk baru dari MAXIS ini,semuanya akan selesai.tiada lagi istilah lembab dalam MAXIS.harap-harap begitulah ye.hehehe
JOm kita tengok unifi pulak
Kelebihan maxis:
1.Boleh call maxis dengan maxis free berbanding dengan unifi.call awek pakai telefon rumah ke?
2.Dimana ada line unfi disitu ada line HOME MAXIS BROADBAND ini. ,,senang
3.Harga lebih murah dari unifi cuma kurang Mbpsnya sedikit sahaja.tapi pada aku 4mpbs dah cukup.
4.Sesuai untuk yang kurang bajet tapi nak internetnya agak laju
Kelebihan unifi:
1.Had qouta penggunaan lebih besar
2.Dapat tv channel free (ni best)
3.Speed Mbps lebih besar.kalau korang nak besar yang ni la sesuai
4. Sesuai yang ada bajet dan mahukan kelajuan sebenar
Aku harap korang dapat memelih internet yang terbaik untuk korang.sekarang aku pakai unifi.hehe…tapi bila tengok maxis punya macam menarik pulak nak pakai.Tak tau la lepas ni macam mana.so.aku harap korang berjaya memilih untuk diri korang.
Kalau bermanfaat pada korang sila share ye dengan kawan-kawan korang atau klik LIKE diatas.Klik button share atau LIKE diatas …as-salam
Hari ini aku nak share dengan korang tentang seorang pengadil yang sangat pelek pada aku.Aku rasa dia ni nak masuk tarian ballet tapi tak lepas kerana mak dia mungkin menghalang cita-cita beliau.korang ley tengok sendiri.enjoy!!..hehehe
Hari ini aku nak cerita pasal cinta.ye.pasal cinta,korang nampak surat kat atas tu?surat cinta daripada Ali kepada perempuan-perempuan yang mahukan dia jadi husband.Sebenarnya ali tu dah nak sangat jadi husband.Korang boleh baca sendiri apa yang ada dalam surat tu.Bak kata TV3,Dunia dah berubah,maka cara bercinta pun berubah.ni la cara untuk memikat perempuan alaf baru dengan profesional
Apa yang korang akan rasa bila korang dapat surat macam ni especially perempuan yang dapat surat macam ni daripada laki.Apa yang korang rasa?benci?jatuh cinta?meluat?hahaha.Korang yang tentukan.Jika korang nak nampak profesional dalam mencari cinta maka korang boleh tiru surat yang Ali buat ni.Komfom kene gelak dan mungkin juga kerana kelawakan korang tu,si dia terpikat pada korang.Manalah tahu kan?Orang sekarang lain-lain.hahaha.
Sapa yang rasa single available lagi tu bolehlah cuba test cara ni.Mana tahu dapat.hehehe.Ali jugak dapat nama.Tapi jika korang dapat penyepak or pelempang aku tak tahu la tu.hahahaha.Nasib korang la.kalau si dia tanya korang ngorat guna cara sapa ni?,korang cakap je cara Ali.hahaha…
p/s:kalau korang suka klik like dan share dengan kawan-kawan ye..Luv u All….
Untuk entri kali ini aku nak beritahu korang satu rahsia alam.Mungkin korang tak perasan tapi hari ini aku nak dedahkan untuk korang.secreat tak??…jeng..jeng!!
Apa yang aku nak beritahu korang ni?rahsia alamlah bukan 2 alam ye. ..Mungkin korang boleh tengok dalam dunia ni mengapa ada orang gemuk dan kurus?.mengapa ada orang cerdik dan pandai?,Mengapa ada positif dan negatif?Mengapa ada rajin dan malas?.Mengapa ada orang sihat dan sakit?
ok.korang mesti blurkan?apa jawapan die.jawapannya ialah mengapa ada orang gemuk dan kurus?sebab kalau semua kurus tak ada la produk Dr Rozmey.Kalau semua gemuk tak ada la produk weight gaint.:).Mengapa ada orang cerdik dan pandai?sebab kalau semua cerdik tak ada la cikgu dalam dunia ni,kalau semua bodoh maksudnya tak ada siapa yang boleh menjadikan mereka cerdik.Mengapa ada negatif dan positif?Sebab kalau semua positif tak ada la orang yang gagal dalam hidup.So tak akan adalah seminar “Kenali Potensi diri anda”.hehe.Kalau semua orang negatif,So tak ada la Dr Azizan iaitu penceramah untuk seminar kenali potensi diri anda boleh beri talk kat korang.Mengapa ada rajin dan malas?Sebab kalau semua rajin IPTA akan penuh dan semua akan menjadi profesor madya,so sapa nak jadi cleaner?sapa nak jadi driver?.Kalau semua malas maka tak ada la universiti dan sekolah ataupun cikgu dalam dunia ni.
Mengapa ada orang sakit dan sihat?Sebab kalau semua sakit sapa nak tadbir negara dan sapa nak bekerja dekat syarikat-syarikat dan kalau alau semua orang sihat macam mana nak ada klinik,ada ubat,semua tu tak akan wujud kat dunia ni.
Apa yang aku nak beritahu korang ialah semua ni adalah sifat berlawan dalam hidup korang.Setiap sifat berlawanan tu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Mesti ada dua benda tak akan jadi satu benda je.harap perkongsian ini dapat membuka mata korang.Itulah sistem Allah menguruskan Alam ini.:)
Inilah hukum Alam yang korang perlu tahu.
P/S:Jika suka like dan share menggunakan button diatas.:)